Masih Belum Cukup

Selepas mengikat Sergio Aguero dan Lee Tuck, pasukan Pahang kini berusaha mengisi dua kuota import, masing-masing seorang dari Asia dan Asia Tenggara bagi memperkasa skuad itu musim depan.

Pengurus skuad Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, setakat ini pihaknya sudah menerima permohonan daripada beberapa pemain kedua-dua rantau berkenaan termasuk Korea Selatan, Australia, Palestin, Lubnan dan Jepun.

Pemain-pemain ini bukan sahaja masih muda, malah ada di kalangan mereka mewakili pasukan kebangsaan negara masing-masing. Bagi pemain dari Asia Tenggara pula, permohonan antaranya dari Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Namun, setakat ini kita masih lagi meneliti dan segala keputusan bergantung kepada taktikal untuk meletakkan Pahang pada prestasi terbaik musim depan. Fokus utama kita ialah untuk memastikan pemain import dapat bergandingan dengan Aguero di bahagian s3rangan katanya.

Bagi saingan musim depan, Pahang hanya mengekalkan pemain import dari Perancis, Herold Goulon yang beraksi di bahagian pertahanan manakala kontrak empat lagi iaitu Dickson Nwakaeme, Ivan Carlos, Khalil Khamis dan Adam Reed tidak dilanjutkan.

Mengulas lanjut, Mohammed Suffian berkata, pihaknya juga sedang menyenaraikan barisan pemain terbaik termasuk tempatan.