Masih Belum Cukup

Kuala Lumpur: “Saya tidak boleh cepat berpuas hati,” kata bintang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah Usman yang mula berasa b@hang susulan perhatian banyak pihak berikutan aksi mant@pnya dalam beberapa perlawnan Liga Super sebelum ini.

Ramadhan yang sudah membuat lima penampilan bersama skuad utama Harim@u Selatan dengan merekodkan empat gol termasuk satu jaringan menarik ketika membel@sah Selangor 6-1, turut berjaya memikat hati pengendali negara, Tan Cheng Hoe.

Malah, Cheng Hoe juga mengakui sedia untuk menyenaraikan namanya dalam skuad Harim@u Malaya selepas ini.

Begitupun, Ramadhan enggan terlalu ghair@h memikirkan tugasan bersama skuad kebangsaan apabila meneg@skan fokus dan tumpuannya ketika ini hanya untuk JDT.

Katanya, masih banyak kelem@han perlu diperbaiki dan berbaki dua aksi Liga Super serta saingan Piala Malaysia yang akan bermula bulan depan, dia mahu berikan terbaik buat pasukannya.

Empat gol…ia permulaan baik untuk saya bersama skuad utama namun saya tidak boleh cepat berpuas hati kerana terlalu awal untuk rasa seperti itu, perjalanan karier saya juga masih jauh.

“Masih banyak lagi yang saya perlu tingkatkan dan perbaiki untuk menjadi pemain bagus. Sepanjang bersama JDT, banyak yang dipelajari kerana saya bermula daripada bawah sebelum diberi peluang menyertai pasukan utama,” katanya ketika ditemui selepas aksi menent@ng Petaling Jaya City, Sabtu lalu.

Menurutnya, dia tidak menyangka aksinya pantas mencvri perhatian barisan kejurulatihan negara dan sudah menjadi impiannya sejak kecil untuk menyarung jersi kebangsaan.

Sudah pasti saya teruja kerana aksi saya mendapat perhatian ketua jurulatih Cheng Hoe. Bermain bersama skuad kebangsaan adalah impian semua pemain termasuk saya.

“Jika diberi peluang saya pasti cuba berikan yang terbaik kerana peluang tidak hadir banyak kali tapi buat masa ini tumpuan utama saya buat pasukan JDT,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *