Malaysia Tawar Diri

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berminat untuk menjadi tuan rumah bagi baki aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Wira Mohad Yusof Mahadi menyuarakan perkara ini sekiranya semua perlawanan peringkat kelayakan perlu dijalankan pada Jun ini.

Kami mungkin boleh menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah.

“Bergantung Mac ini sama ada akan mengadakan perlawanan secara berpusat selain kebarangkalian untuk menawarkan diri sebagai tuan rumah,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Pasukan negara masih lagi mempunyai baki tiga perlawanan kelayakan iaitu men3ntang Vietnam di laman sendiri serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Thailand di laman lawan.

Dalam carta kumpulan G, skuad kendalian Tan Cheng Hoe sedang menghuni tangga kedua dengan kutipan 9 mata, dua mata dibelakang pendahulu iaitu Vietnam dan satu mata dihadapan pasukan tempat ketiga iaitu Thailand.