Maafkan Saya, Pasukan Lain Memang Tak Layak

Tiada pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang layak menggantikan tempat Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) sekiranya pendaftaran skuad JDT menyertai kejohanan itu ditolak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Perkara itu disuarakan bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh dengan mengambil kira tahap kemampuan kewangan pasukan lain selain JDT dan persembahan mereka di atas padang.

“Maafkan saya, dalam isu ini ada dua perkara. Pertama, kebolehan (tahap permainan) atas padang, memang (pasukan lain) tak layak,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Kedua, kebolehan kewangan, sanggupkah mereka ini? Ada ke kewangan yang mencukupi nak ke sana ke mari bermain perlawanan tempat lawan dan menanggung semua kos itu.

“Kebolehan atas padang tak ada, kemampuan luar padang pun tak ada. Maafkan saya, dari segi kewangan, saya tak rasa pasukan ini boleh tanggung.”

Semalam, akhbar ini melaporkan empat pasukan – Kedah, Terengganu FC (TFC), Perak dan Selangor – memenuhi kriteria untuk menggantikan tempat JDT di ACL sekiranya benar JDT tidak boleh beraksi di kejohanan elit itu.

Ia selepas timbul desas desus yang mendakwa pendaftaran skuad bimbingan Benjamin Mora untuk ke ACL ditolak AFC dengan ia dipercayai berpunca daripada kegagalan pasukan itu menghabiskan baki aksi peringkat kumpulan musim ini di Doha.

Tindakan menarik diri itu terpaksa dilakukan JDT selepas Kerajaan Malaysia tidak membenarkan pergerakan keluar masuk di pintu sempadan negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selain itu, Serbegeth atau lebih dikenali sebagai Shebby menjelaskan JDT dan bola sepak Malaysia boleh dianggap menjadi mangsa keadaan jika benar AFC mengenakan hukuman itu terhadap Harimau Selatan.

Sekarang ini yang menjadi m@ngsa adalah JDT dan bukan saja JDT, malah bola sepak Malaysia yang jadi mangsa kerana penampilan dalam ACL amat perlu sebab pemain kita pun dapat pendedahan.

AFC tak boleh terburu-buru buat keputusan. Saya rasa AFC kena tumpukan perhatian kepada kalendar 2021 daripada membazir masa memikirkan apa bentuk denda untuk JDT.

sumber : BH

“Mereka tak boleh nafikan tempat JDT sebab layak dengan betul, namun tindakan (tarik diri) yang diambil atas keputusan kerajaan kerana pand3mik yang m3landa seluruh dunia,” katanya.