Luqman tunjuk skill

Kuala Lumpur: Bintang bola sepak negara, Luqman Hakim Shamsudin sebenarnya turut berbakat dalam sukan tinju.

Ia dapat dilihat di Instagram Story kelabnya, KV Kortrijk hari ini apabila Luqman diajar gerakan atau teknik tumbukan jab di hadapan.

Jelas gaya yang diperagakan Luqman cukup sempurna dan penuh dengan keyakinan.

“Satu, dua teruskan lagi Luqie (Luqman),” tulis admin laman sosial itu.

Sebelum ini, striker berusia 19 tahun itu turut menunjukkan perkembangan positif terutamanya perubahan susuk fizikalnya yang kelihatan lebih ‘sado’ dari sebelumnya.

Luqman menyertai KVK di Liga Belgium pada Ogos tahun lalu dengan mengikat kontrak panjang selama lima musim.

Dia turut melakar sejarah sebagai pemain pertama Malaysia yang membuat kemunculan dalam liga utama di Eropah.