Luqman Terus Cemerlang

KUALA LUMPUR: Striker muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus mengutip pengalaman berharga di bumi Eropah sekalipun pasukannya tewas 4-3 pada aksi latihan pertama men3ntang RWD Molenbeek, kelmarin.

Pada aksi men3ntang pasukan divisyen dua itu, pengendali KV Kortrijk, Yves Vanderhaeghe meletakkan striker berusia 18 tahun itu di bangku simpanan terlebih dahulu sebelum dia masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-63.

Masuk ketika pasukannya ketinggalan 1-3, kehadiran Luqman dan seorang lagi pemain, Kristof D’Haene jelas membantu KV Kortrijk kembali dalam permainan apabila pasukan itu berjaya mengikat kedudukan kepada 3-3.

Bagaimanapun, pasukan lawan m3ledak gol kemenangan menerusi satu s3rangan balas pantas pada minit ke-74 untuk menjadikan kedudukan 4-3 yang kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Selepas ini, KV Kortrijk akan turun beraksi dalam satu lagi perlawanan latihan men3ntang akademi Club Brugge, Kelab NXT, Jumaat ini dengan Luqman dijangka terus diberi peluang beraksi bersama pasukan utama itu.

Sebagai rekod, Luqman yang menyertai pasukan dari Belgium itu pada Ogos lalu tidak menunggu lama untuk mencetus !mpak apabila dia m3ledak satu gol untuk membantu pasukan utama menewaskan BX Brussel 2-1 pada aksi pemanas badan sebelum ini.

Malah, ia adalah jaringan keduanya selepas sebelum itu dia turut mencetak satu gol ketika diturunkan dalam aksi persahabatan skuad Bawah 21 tahun (B-21) KV Kortrijk men3ntang KRC Gent yang berakhir dengan kekalahan 4-1 buat barisan muda KV Kortrijk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *