Luqman Bawa Berita Gembira Dari Belgium

Pemain muda negara, Luqman Hakim diturunkan dalam kesebelasan utama KV Kortrijk bagi menghadapi perlawanan persahabatan men3ntang Royal Excel Mouscron hari ini.

Perkara ini diumumkan oleh KVK menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Luqman akan beraksi buat kali pertama sejak berehat panjang akibat kec3deraan hamstr!ng yang dialami pada Oktober lalu.

Luqman mengalami keced3raan sehari selepas tampil buat kali pertama bersama skuad senior pada perlawanan men3ntang RSC Anderlecht dalam saingan Liga Belgium pada Oktober lalu.

Meskipun hanya beraksi selama sepuluh minit, namun Luqman berjaya memberikan sumbangan apabila beliau menghadiahkan sepakan penalti untuk KVK.

Sebelum ini, Luqman pernah diturunkan dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dan beliau juga berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.