Liverpool Paling Bernilai, Man United Ketujuh

London: Liverpool mel0njak status sebagai pasukan paling bernilai di dunia selepas melakukan pembelian kecil pada pintu perpindahan pemain.

The Reds dianggarkan bernilai £986.7 juta (RM5.19 bilion) selepas menandatangani Diogo Jota dan Thiago Alcantara minggu lalu.

Pembelian terbaharu itu menyaksikan nilai perpindahan keseluruhan pemenang Liga Perdana Inggeris itu menghampiri £1 bilion (RM5.26 bilion), menurut Transfermarkt.

Menariknya skuad bimbingan Jurgen Klopp itu mempunyai nilai £50 juta (RM263.4 juta) lebih mahal berbanding Manchester City yang sering berbelanja besar.

Bintang Liverpool bernilai lebih £100 juta (RM526.7 juta) setiap seorang dengan Mohamed Salah dan Sadio Mane masing-masing bernilai £108 juta (RM568.8 juta).

Sementara itu skuad Man City bernilai £933 juta (RM4.9 bilion) sekali gus menyaksikan mereka mengatasi gerg@si Sepanyol, Barcelona yang menduduki tangga ketiga dengan nilai £910 juta (RM4.79 juta).

Chelsea pula keempat sekali gus menyaksikan tiga pasukan Liga Perdana Inggeris menduduki empat tangga teratas.

Skuad The Blues kini bernilai £826 juta (RM4.35 bilion) selepas mendapatkan tujuh pemain baharu pada musim pan@s termasuk Kai Havertz, Timo Werner dan Ben Chilwell.

Manchester United pula hanya menduduki tempat ketujuh dengan nilai £719.5 juta (RM3.78 bilion), hampir £300 juta (RM1.58 bilion) di belakang Liverpool.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *