Liverpool Dapat khidmat Thiago Alcantara

LIVERPOOL dalam beberapa lap0ran hari ini hampir mengikat perjanjian bersama Bayern Munich membabitkan perpind@han pemain tengah, Thiago Alcantara.

Skuad juara Liga Perdana Inggeris kendalian Jurgen Klopp mengadakan rundingan dengan skuad juara Liga Juara-Juara musim lalu itu selepas dikait rapat dengan perancang tengah Sepanyol itu.

Difahamkan Liverpool dijangka membayar perpindahan sekitar £20 juta (RM107 juta) bagi pemain yang masih mempunyai baki k0ntrak setahun di Bayern, disamping beberapa faedah lain yang bakal menyusul.

Thiago, 29, terlepas sesi latihan Bayern Munich hari ini menurut laporan di Jerman.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu menyertai Bayern dari Barcelona pada 2013 dan beraksi ketika membantu pasukan itu mencatat kemenangan ke atas Paris Saint-Germain pada final Liga Juara-Juara.

Terdapat juga lap0ran menyatakan perpindahan Thiago akan bergantvng kepada masa depan pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum.

Pemain Belanda itu, yang berada di penghujung baki k0ntrak di Anfield dan dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona sehingga mend0rong Liverpool mengikat Thiago.

Thiago menjadi pemain kedua yang ditandatangani Liverpool selepas The Reds menandatangani pemain pertah@nan kiri dari Greece, Kostas Tsimikas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *