Lima Pasukan Liga M Berebut Bintang Indonesia

Sekurang-kurangnya lima pasukan Liga Malaysia (Liga M) sedang mengintai dua pemain kebangsaan Indonesia, Evan Dimas dan Hansamu Yama Pranata bagi memperkuatkan skuad masing-masing musim depan.

Berdasarkan sp3kulasi yang sedang hangat perkatakan di media sosial, pasukan dikaitkan dengan dua pemain dari negara jiran itu adalah Pahang, Terengganu FC (TFC), Perak, PJ City dan Sabah.

Ejen di negara ini yang mendapat mandat daripada dua pemain itu, Faidauz Azhar bagaimanapun menjelaskan masih terlalu awal untuk mendedahkan pasukan mana yang akan disertai mereka.

Faidauz yang juga Ketua Pegawai Operasi Exeliq Sports Management Sdn Bhd menjelaskan Evan dan Hansamu juga sudah menyatakan minat untuk beraksi di Liga M.

Ada beberapa pasukan berminat, tapi belum sah lagi. Jadi kita nak tengok pasukan mana yang terbaik baru buat keputusan.

Kalau ada tawaran yang sesuai memang mereka berminat untuk bermain di Liga Malaysia, katanya kepada BH Sukan, semalam.

Evan yang bermain di posisi tengah pernah tampil dalam Liga M bersama Selangor pada musim 2018 sebelum kembali ke Indonesia menyertai kelab Barito Putera dan Persija Jakarta.

Sementara itu, Hansamu pula yang kini beraksi bersama Persebaya Surabaya akan tampil buat kali pertama dalam Liga M sekiranya terdapat pasukan yang mampu mengikat pemain pertahanan tengah itu.

Kedua-dua pemain itu baru berusia 25 tahun dan mereka boleh dianggap antara calon berpotensi untuk diikat mana-mana kelab Liga M sebagai pemain import ASEAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *