Liew Daren singkir Jaguh dunia

Perseorangan profesional negara, Liew Daren, mencipta kejutan apabila menumbangkan pemain pilihan ketiga, Anders Antonsen, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok hari ini.

Biarpun kurang beraksi dalam aksi kompetitif sejak akhir-akhir ini, perseorangan negara itu mempamerkan aksi bermutu tinggi dan menggunakan pengalamannya untuk menewaskan lawan dari Denmark itu 21-12 dalam set pertama.

Jelas jurang 10 usia tahun di antara kedua-dua pemain itu memberikan kelebihan buat Daren, 33, untuk menoktahkan kemenangan 21-18 dalam tempoh 46 minit.

Selepas ini, Daren akan berdepan perseorangan Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, dalam perlawanan pusingan kedua esok.