Lenggok Barcelona Julang Kedah

ALOR SETAR: Aksi dan gaya pemain muda Kedah Fadzrul Danel ketika meraikan jaringan pada aksi men3ntang Perak, bukan sahaja mencuri perhatian tetapi ia turut membangkitkan lagi semangat Lang Merah menewaskan lawan itu 3-2 Ahad lalu.

Gol kedua yang dihasilkan Fadzrul pada babak pertama perlawanan berkenaan dan disusuli dengan gerakan lenggok badan turut mendapat perhatian lebih 600 ribu penonton yang menyaksikan siaran langsung yang disiarkan di TV1.

Menurut pemain muda kelahiran Sungai Petani itu, beliau sangat meminati gaya pemain Barcelona Samuel Umtiti yang melakukan aksi lenggok bersahaja semasa meraikan jaringan dan ia memberi semangat tambahan untuk terus meningkatkan prestasi sepanjang perlawanan berkenaan.

Saya meminati Umtiti dan saya meraikan gol dengan caranya pada aksi itu secara spontan. Saya akui ia menambah semangat saya dan rakan lain.

Musim lalu saya berjaya menyumbang satu gol untuk membantu Kedah membawa pulang Piala FA dan musim ini pula satu gol membantu Lang Merah layak ke Piala AFC. Saya sangat bersyukur, katanya.

Menurut Fadzrul, dia hanya diberitahu jurulatih, Aidil Sharin Sahak untuk membarisi kesebelasan utama tiga hari sebelum perlawanan berkenaan.

Katanya, sebaik diberitahu dia melakukan persiapan termasuk larian dan gerakan pantas bersama kapten, Baddrol Bakhtiar dan pemain lain supaya lebih bersedia dan dapat beraksi mengikut momentum diperlukan.

Jurulatih memilih saya selepas pemain import, Amin Nazari tidak dapat beraksi akibat kec3deraan sekali gus memberi peluang kepada saya membuktikan kemampuan diri.

Justeru, saya harap dapat lagi meningkatkan prestasi untuk membantu Kedah menjulang Piala Malaysia musim ini, kata pemain berusia 22 tahun dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (SMK TATAR) yang juga sekolah sukan negeri Kedah itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *