Kobe beri sebab tidak bersama skuad negara

Pemain kacvkan Malaysia-Jamaica, Kobe Jae Chong memberikan sebab utama mengapa beliau tidak menyertai kem latihan pusat skuad B-19 tahun negara pada Julai dan Ogos lalu.

Menerusi laman media Twitter miliknya, Kobe menjelaskan beliau mempunyai beberapa peluang di UK, selain terdapat tempoh kvarantin selama 14 hari yang diwajibkan oleh kerajaan Malaysia ekoran pand3mik C0VID-19 yang sedang m3landa dunia ketika ini.

Kobe tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai peluang tersebut namun beliau seolah-olah memberi penekanan bahawa tempoh kvarantin selama 14 hari boleh bakal mengganggu peluang yang dimiliki.

Ramai pihak menjangkakan Kobe akan menyertai sesi latihan skuad B-19 tahun negara memandangkan beliau pernah menyuarakan minat untuk beraksi bersama skuad Malaysia selain berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelumnya.

Namun, perkara tersebut tidak menjadi kenyataan dimana hanya seorang lagi pemain yang bertapak di luar negara, Wan Kuzri Wan Kamal yang menyertai kem latihan pusat.

Saingan AFC B-19 Tahun ditunda ke tahun hadapan dan Kobe dilihat masih lagi berpeluang untuk memperkuatkan skuad B-19 tahun negara.