Keputusan Tetap Di Kekalkan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan tiada talian h@yat bagi Felda United dan UKM FC sekaligus mengekalkan keputusan untuk tidak memberi kebenaran kepada dua pasukan bagi beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut laporan Nadi Arena, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata Felda dan UKM telah diberikan masa yang cukup bagi menyelesaikan penswastaan kelab bola sepak (FC).

Kedua-dua pasukan telah diberi masa yang mencukupi. Pada hari terakhir iaitu 19 Oktober dan hari selepas itu, tiada permintaan untuk pertambahan masa dari dua pasukan.

Pada masa ini, keputusan kekal. FAM ada menerima surat rayuan dari kedua-dua pasukan dan jawatankuasa tertentu akan membuat keputusan sama ada menerima atau tidak.

Tetapi buat masa ini, FAM boleh menetapkan keputusan yang telah dibuat tempoh hari adalah muktamad, kata Stuart.

FAM menegaskan mengambil keputusan untuk tidak memberi kebenaran kepada Felda dan UKM beraksi di saingan Liga Malaysia musim hadapan bagi mengelak permasalahan berkaitan gaji pemain dan pegawai yang mungkin berlaku lagi pada musim 2021

Perkara tersebut dilihat boleh berlaku jika sesebuah pasukan itu didapati tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk bertahan sepanjang musim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *