Aksi Pertama Sumareh Bersama Police Tero FC Sangat Meyakinkan

Aksi Mohamadou Sumareh yang dinantikan oleh ramai peminat bola sepak Malaysia untuk turun melakukan debut dalam saingan Thai League akhirnya menjadi kenyataan ketika perlawanan kelab Police Tero FC berdepan Suphanburi FC semalam.

Sumareh masuk menggantikan pemain pertahanan kiri, Sanchai Nontasila pada minit ke-71, ketika Police Tero sudah pun ketinggalan 4 gol dalam perlawanan yang berlangsung dalam hujan yang lebat itu.

Walaubagaimanapun, aksi Sumareh dalam keadaan padang yang becak itu tidak menghampakan secara keseluruhannya apabila banyak gerakan beliau berjaya mengucar kacirkan pertahanan pihak lawan serta menghasilkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol

Seperti yang disebut oleh pengulas perlawanan itu semalam, beliau turut yakin bahawa dengan aksi sekitar 20 minit semalam telah berjaya membuktikan bahawa Sumareh sudah bersedia untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan Police Tero FC untuk perlawanan seterusnya.

Komen-komen dari peminat Malaysia yang menyaksikan perlawanan itu juga tidak kurang menarik kerana jelas kemasukan Sumareh banyak memberikan !mpak terutama disebelah kiri gol pasukan Suphanburi.

Masuk Sumareh, terus jadi liar attacking pasukan Police Tero FC.

Dengan keputusan kalah 0-5 itu, kini Police Tero FC menghuni tangga ke-9 Thai League 1 dengan kutipan 15 mata dari 11 perlawanan setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *