Kelantan Tak Nak Serupa JDT Dan Terengganu

KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman menyenarai pendek 10 logo terbaik hasil ciptaan peminat yang akan digunakan skuad itu musim depan.

Sepuluh logo berkenaan didedahkan pasukan itu menerusi akaun Facebook rasmi kelab dan mendapat pelbagai reaksi dari peminat skuad The Red Warri0rs (TRW).

Apa yang menarik, pencipta logo terbaik yang akan menjadi pilihan Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamburger bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.

Logo yang terpilih nanti mungkin juga akan di touch up (tambah baik) untuk disesuaikan dengan imej dan semangat baru Kelantan FC.

Insya-Allah pilihan logo pemilik Kelantan FC, The Red Warriors akan diumumkan pada 31 Oktober 2020, kata kenyataan berkenaan menerusi akaun Facebook rasmi kelab itu.

Sementara itu, Zamburger menerusi akaun Facebooknya memberi jaminan logo yang akan dipilih beliau nanti akan disukai semua peminat.

Logo jenis sheild images ini sudah banyak sangat..JDT (Johor Darul Ta’zim), Terengganu FC.

Kita TRW kena ada identiti baru sendiri. Insya-Allah, logo yg bakal saya pilih akan disukai semua, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *