Kelantan FC mohon maaf

Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) menangguhkan majlis pelancaran jersi dan pengumuman pemain pasukan itu yang sepatutnya diadakan secara maya pada hari ini ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pengurus Operasi Kelantan FC Jamilulail Jamiludin berkata, penangguhan itu disebabkan pihaknya menghormati pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilanjutkan hingga 18 Februari depan.

“Oleh kerana kekangan ini, pelbagai aktiviti berkaitan tidak dapat dijalankan dengan baik dan kami memohon maaf terpaksa menunda program yang dirancang hari ini ke tarikh lain,” katanya dalam kenyataan.

Jamilulail berkata, majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain Kelantan FC yang akan beraksi dalam kempen Liga Perdana musim ini sepatutnya diadakan secara maya di Langkawi pada 1 Februari lalu, namun ditunda ke 7 Februari dengan lokasi dipindahkan ke Kota Bharu susulan penguatkuasaan PKP.

sumber : BH

“Kelab sentiasa memikirkan yang terbaik untuk semua, keselamatan diri dan kesihatan pegawai adalah keutamaan ketika ini,” katanya