Kedah Hampir Lengkapkan Perpindahan Empat Pemain

Pasukan Kedah dikhabarkan semakin hampir untuk menyelesaikan perpindahan empat pemain bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, empat pemain yang dimaksudkan ialah dua pemain Selangor iaitu Syazwan Zainon iaitu Syazwan Zainon dan Rodney Celvin serta pemain pertahanan Felda United, Ariff Farhan dan pemain tengah UiTM FC, Rabih Ataya.

Syazwan dan Ariff merupakan bekas pemain Kedah dimana kedua-dua pemain meninggalkan pasukan itu pada 2019 lalu dimana Syazwan menyertai Selangor manakala Ariff menyertai PKNS FC dan kemudiannya Felda United pada 2020.

Kemasukan empat pemain ini dilihat sebagai langkah Kedah untuk mengukuhkan pasukan kerana mereka akan beraksi di pentas Asia iaitu Piala AFC pada musim hadapan.

Selain semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan empat pemain di atas, skuad bimbingan Aidil Sharin itu turut dikhabarkan bakal mengekalkan trio pemain import bagi saingan musim 2021.

Tiga pemain import tersebut ialah duo serangan, Kpah Sherman, Kipre Tchetche dan pemain pertahanan, Renan Alves.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *