Kata-Kata Sinis Bekas Import Kelantan Kepada Pasukan Liga M

Bekas pemain import Kelantan FC, Morgaro Gomis dilihat secara sinis berkata yang pasukan-pasukan di Liga Malaysia tidak tahu apa-apa tentang taktikal.

Begitupun, beliau tetap menikmati sepanjang tempoh beliau berada di Malaysia terutama para penyokong yang sangat bersemangat. Semestinya, Kelantan kan?

Gomis beraksi di Malaysia bermula pada pertengahan tahun 2016 setelah dibawa masuk oleh pengendali baharu, Velizar Popov yang menggantikan K. Devan yang ‘direhatkan’ pada bulan Mei. Menurut Gomis, beliau mendapat panggilan daripada Malaysia ketika sedang menjalani pra-musim bersama pasukannya, Heart.

Dan ketika itu, beliau sedang melalui situasi sukar apabila sebaik sahaja pulang daripada dipinjamkan ke Motherwell untuk semusim, beliau rasa seperti ‘tersisih’.

Ceritanya ketika ditemuramah dalam sebuah Podcast, Talkin Fitbaw, Saya kembali ke Heart dan mereka telah ambil nombor jersi saya. Selalunya saya memakai jersi nombor 6. Ketika saya kembali, saya terasa yang saya mungkin tidak lama di sini.

Dua minggu kemudian saya mendapat panggilan dari Malaysia dan mereka katakan mereka sukakan saya dan menawarkan peluang untuk bermain di Asia iaitu di Malaysia. Dan mereka tawarkan kontrak yang saya tidak dapat tolak, tambahnya lagi.

Bercakap mengenai bola sepak di Malaysia, pemain tengah yang kini berusia 35 tahun itu dipetik berkata, Perlawnan berlangsung pada waktu malam, jam 9.00 malam. Sejak jam 6.00 atau 7.00 petang, penyokong sudah mula memenuhi stadium.

Mereka penyokong suka berselfie. Secara jujurnya mereka sangat bersemangat dan saya sangat menikmatinya. ujarnya yang berada di sana sehingga musim 2018.

Dan setiap pasukan di Malaysia, mereka dibenarkan untuk mengambil empat pemain import dan selainnya merupakan pemain tempatan. Bola sepak di sana, mereka hanya mahu meny3rang. Mereka tidak tahu apa-apa mengenai taktikal, jelasnya lagi.

Ulasnya lagi, sukar untuk melihat perlawnan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan kerana setiap perlawanan akan melibatkan banyak gol. Katanya lagi, Sehingga saya terfikir, wow, ia sangat g!la! Tetapi, saya sangat menikmatinya.

 

Morgaro Gomis digu grkan pada awal saingan musim 2018, dimana Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan  ketika itu, Bibi Ramjani Ilias Khan menjelaskan penggu guran Gomis adalah atas faktor kecedraan, sebelum kembali ke Scotland.