Kapten Selangor FC musim 2021

Ketua jurulatih pasukan Selangor, Karsten Neitzel melantik pemain tengah, Brendan Gan sebagai ketua pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawa Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Brendan akan mengambil alih tugas yang sebelum ini digalas oleh Taylor Regan.

Taylor Regan dilantik sebagai ketua pasukan kelab Lembah Kelang itu apabila Selangor dibimbing oleh B.Satianthan bermula musim 2019 lalu.

Pada saingan musim ini, Taylor mengambil keputusan untuk berhijrah dengan menyertai Sarawak United sekaligus mengosongkan jawatan ketua pasukan.

Pemilihan Brendan Gan dilihat salah satu pilihan yang tempat dimana pemain ini merupakan salah satu pemain berpengalaman dalam skuad Selangor selain mampu untuk memberikan motivasi kepada rakan sepasukan yang lain.