Kami tiada pilihan Selain ikut arahan penaja jual perlawanan

Pasukan Kuala Lumpur pada musim ini menunjukkan keinginan tinggi untuk menjadi antara pasukan pencabar utama kejuaraan Liga Super, mereka telah merekrut pemain-pemain berkualiti sebagai justifikasi kepada keinginan tersebut, menjadikan mereka sebagai antara pasukan tumpuan Liga Malaysia 2021.

Safee Sali, Hadin Azman, Irfan Zakarian, Dominique Da Sylva dan Sean Gan Gianelli merupakan antara wajah baru, tatkala beberapa pemain berpengalaman seperti Indra Putra, Shukor Adan dan Akram Mahinan dikekalkan, manakala Bojan Hodak pula telah dilantik sebagai ketua jurulatih baru pasukan itu yang akan dikenali dengan nama Kuala Lumpur United selepas ini.

Tetapi ada trag3di hitam berlaku pada pasukan ini pada musim 2013, di mana mereka tersingkir ke saingan Liga Liga FAM (kini dikenali M3) 2014 setelah menamatkan Liga Premier 2013 di kedudukan dua tercorot.

Skuad warga kota yang ketika itu dikendalikan oleh Stanislav Lieskovsky menduduki tangga ke-11 Liga Premier setelah mengutip 14 mata hasil empat kemenangan serta dua keputusan seri, tewas 16 kali.

Keputusan buruk Kuala Lumpur musim tersebut mula dikaitkan dengan bookie setelah aksi lembik tidak masuk akal pemainnya dalam beberapa perlawanan, dan ia menjadi bualan hangat selepas kekalahan 5-0 kepada Sime Darby dalam aksi ke-16, sama dengan kain rentang yang digantvng penyokong tertulis ‘fans 0-5 bookie’.

Ia mendapat perhatian Khairy Jamaluddin yang baru beberapa hari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan ketika itu, yang berkata gejala rasuah dan perjudian dalam Liga Malaysia perlu dibanteras segera kerana ia boleh menghancvrkan industri sukan negara.

Bukan sahaja dalam negara, tetapi isu tersebut pantas mencvri perhatian media antarabangsa, dan Persatuan Bolasepak Malaysia kemudiannya segera meny!asat dakwaan tersebut, dan pemain pertama digantvng adalah Hafizi Roslee selama enam bulan.

Hafizi dikatakan tidak bermain pada tahap yang sepatutnya apabila dilihat sengaja melakukan hantaran kepada pemain lawan dalam kotak penalti sendiri sehingga membenarkan Sime Darby menjaringkan gol menerusi Karlo Primorac.

Dalam video di bawah Stanislav ada menjawab soalan wartawan mengenai tuduhan jual perlawanan, dengan mengatakan ‘saya tidak faham apa yang awak maksudkan.’

Meng3jutkan apabila siasatan lanjut FAM mendapati keseluruhan pasukan terlibat di dalam kegiatan menjual perlawanan sejak daripada awal musim, menyebabkan Hafizi dan empat lagi pemain iaitu Fadhullah Yunsifar, Phoo Kai Lun, Khairul Anuar Shafie dan Jeremy Danker dikenakan hukvman gantvng sevmur hidvp dan denda RM20,000.

Turut menerima hukvman sama, ketua jurulatih Stanislav; penolong jurulatih Rosli Omar dan kitman pasukan Shaari Jani.

17 lagi pemain lain bernasib baik apabila hanya dikenakan denda sebanyak RM5,000 setiap seorang selain diberikan am@ran keras selepas mengaku bersalah terhadap pertvduhan terbabit.

Pemain berkenaan ialah Azizon Abdul Kadir, Benedict Martin, Syazwan Mohamed Rani, J.Mughilan Kartik, Azwan Jatin, S.Sivaraj, Amirul Asraf Mohd Noor, Ahmad Dashila Tajudin, Hishamuddin Othman, Badrul Hisyam Azmi, Muhamad Ar’ra’uf Roslee, Hanis Mohtar, Rafef Raya, Syafiq Johari, Munir Amran, Taufiq Mohd Shukor dan Ahmad Jihad Ismail.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM ketika itu, Datuk Taufik Abdul Razak berkata kesemua 17 pemain berkenaan hanya dikenakan denda selepas FAM mengambil kira bahawa pemain-pemain itu menjadi ‘m@ngsa keadaan’ penaja yang mendesak mereka untuk terlibat dengan skandal berkenaan.

Perjanjian antara Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dengan penaja bertarikh 12 Nov 2012 sedangkan perjanjian (sebenar) dibuat pada 11 Dis iaitu dua hari sebelum berakhirnya tempoh pendaftaran pemain. Penaja meletakkan pelbagai syarat dan salah satu syaratnya ialah sebahagian daripada pengurusan pasukan hendaklah datang daripada pihak penaja (sendiri) dan gaji dibayar oleh pihak penaja.

“Sebelum bermulanya Liga Perdana (2013), penaja telah memanggil kesemua pemain di mana mereka hendaklah mengikut segala arahan yang dikeluarkan dan menyebabkan mereka bermain tidak mengikut semangat kesukanan yang sebenar sehingga melepaskan 60 gol selain turut kalah 16 perlawanan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pemain yang dihubungi LabolaMalaya berkata, “Penaja arah kami jual game, mereka berada di dalam pengurusan dan mereka juga lah yang membayar gaji, kami tiada pilihan lain. Kami divgut penaja supaya tidak melap0rkan kepada pihak berkuasa dan kami terpaksa patuh kerana bimbangkan kes3lamatan anggota keluarga. Kami pernah memberitahu pengurusan tetapi KLFA tidak dapat mengambil apa-apa tindakan kerana turut terikat dengan kontrak bersama penaja.”

kredit:- labola