JDT mungkin berdepan tindakan penggantungan

Adakah keputusan kerajaan yang tidak membenarkan Johor Darul Ta’zim (JDT) terbang ke Doha, Qatar untuk mengharungi baki kempen Liga Juara-Juara (ACL) akan menyebabkan skuad JDT itu berdepan tindakan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)?

Ini kerana berdasarkan perkara 6.2 peraturan kejohanan AFC, mana-mana pasukan yang menarik diri selepas peringkat kumpulan kejohanan itu bermula boleh didenda sehingga AS$50,000 (RM206,400) dan penggantvngan sebanyak dua edisi.

Menurut sumber, peruntukan sedia ada itu sedikit sebanyak memberi bayangan betapa skuad bimbingan Benjamin Mora itu berdepan risiko digantung daripada menyertai ACL untuk musim depan sekiranya denda berkenaan dikenakan kepada pasukan terbabit.

Katanya, badan induk bola sepak Asia itu akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mencari jalan penyelesaian mengenai perkembangan terbabit.

Jika ikut undang-undang memang boleh dikenakan tindakan, namun situasi sekarang ini adalah disebabkan pintu sempadan ditutup bukannya pasukan itu menarik diri.

Keputusan berkaitan perkara terbabit akan diketahui dalam masa terdekat ini selepas perbincangan bersama pihak berkaitan, katanya.

Saingan ACL bagi Zon Timur kembali bersambung pada 18 November hingga 13 Disember ini selepas ditangguh pada Mac lalu susulan pandemik COVID-19 dengan Doha, Qatar akan menjadi venue kejohanan.

Skuad bimbingan Mora itu dijadual bertemu Guangzhou Evergrande pada 19 November disusuli Suwon Bluewings (25 November). Ini disusuli Vissel Kobe pada 1 Disember sebelum aksi terakhir peringkat kumpulan bertemu Guangzhou Evergrande pada 4 Disember.

Selepas mengharungi dua perlawanan, JDT kini menghuni tangga kedua Kumpulan G apabila menghimpun tiga mata menerusi satu kemenangan dan satu kekalahan.

Sementara itu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John enggan mengulas lanjut mengenai perkara terbabit, namun dijangka mengeluarkan maklumat membabitkan isu itu hari ini.

Dalam pada itu, berdasarkan undang undang khas untuk pertandingan AFC ketika pand3mik C0VID-19, kegagalan pasukan untuk pergi ke venue perlawanan susulan larangan untuk keluar negara akibat C0VID-19 menyaksikan pasukan itu dianggap menarik diri.

Situasi sama pernah menimpa Al-Wahda apabila pasukan itu turut dianggap menarik diri selepas gagal tiba ke Doha untuk baki perlawanan Kumpulan A mereka, September lalu.

Bagaimanapun, jika bersandarkan kepada kes Al-Wahda yang dilihat berdepan situasi sama dengan JDT di mana mereka tidak boleh menuju ke venue perlawanan, JDT mungkin terlepas daripada sebarang hukuman.

Ini kerana Jawatankuasa Sub C0VID-19 AFC memutuskan kegagalan Al-Wahda tiba di venue perlawanan susulan larangan untuk ke luar negara dianggap sebagai forc3 majuere selaras dengan perenggan 6.4 dan 71 Peraturan Pertandingan AFC.

Perenggan 6.4 menyaksikan sebarang hukuman yang sepatutnya dikenakan ke atas pasukan yang menarik diri selepas pertandingan bermula tidak boleh dikenakan sekiranya berlakunya force majuere yang disahkan oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC.

Situasi ini menyaksikan semua perlawanan yang disertai Al-Wahda dalam ACL dianggap kosong namun jaringan dan mata daripada perlawanan pasukan itu tidak akan dikira dalam penentuan ranking akhir bagi kumpulan itu.

Justeru, JDT bakal terlepas daripada sebarang hukuman sekiranya AFC mendapati kes mereka juga boleh diklasifikasikan sebagai forc3 majuere seperti yang dihadapi Al-Wahda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *