JDT Alami Kerugian Besar

ISKANDAR PUTERI: Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kerugian sebanyak RM35 juta pada musim ini akibat penvlaran C0VID-19 yang menyaksikan saingan Liga Malaysia (Liga M) tertangguh pada pertengahan Mac lalu sehingga 22 Ogos.

Namun di sebalik kehilangan jumlah yang agak besar, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampak tenang apabila bertindak pantas bagi memastikan kerugian berkenaan tidak menjejaskan perancangan pasukan berkenaan.

Malah dengan perancangan yang rapi walaupun terpaksa melakukan pemotongan gaji terhadap pemain dan kejurulatihan skuad JDT, mereka tetap berdiri teguh bagi memastikan kejuaraan Liga Super untuk kali ketujuh berturut-turut milik JDT selain memenangi Piala Sumbangsih.

Pandangan saya, musim ini amat mencabar untuk kami kerana berdepan masalah C0VID-19 yang menjejaskan saingan liga sekali gus menggvgat kewangan kelab. Ia merupakan ujian paling besar buat JDT.

Situasi itu menyebabkan pada musm depan, kami perlu lebih lebih berhemah dalam perbelanjaan. Malah kami juga tidak membawa masuk pemain baharu, sebalikyan mengekalkan semua pemain. Mereka tidak meminta kenaikan gaji dan kekal dengan gaji yang sedia ada.

Kami kerugian RM35 juta. Ia satu jumlah yang besar. Apapun, pada musim depan saya berdoa agar ekonomi akan lebih baik dan kita berharap mendapatkan kembali apa yang kita hilang dalam satu atau dua tahun akan datang, kata Tunku Ismail.

Berhubung perancangan nilai JDT yang disasarkan RM 1 billion yang diumumkan pada 20 Disember lalu, Tunku Ismail mengesahkan empat syarikat antarabangsa tampak berminat untuk mengadakan perbincangan namun enggan mendedahkan identiti mereka.

Katanya, proses berkenaan sudah mencapai 80 peratus dan dijangka dimuktamadkan pada pertengahan tahun depan berbanding jangkaan dua tahun disasarkan.

Saya bersyukur kerana kelab seperti JDT mula dikenali di peringkat antarabangsa dan ini akan membantu kami mencapai sasaran RM1 bilion, kata Tunku Ismail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *