Isaac Angking Sertai Latihan Pusat

Pemain kacukan negara, Isaac Angking dilaporkan telah menyertai latihan pusat skuad kebangsaan Puerto Rico bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Republik Dominica.

Perkara ini dikongsikan oleh Harimau Abroad dimana Isaac memuat naik satu gambar di Instagram Story miliknya yang menunjukkan beliau sedang menyarung jersi Puerto Rico.

Sebelum ini, JDT dikhabarkan mahu mendapatkan khidmat Isaac yang beraksi di liga bola sepak Amerika Syarikat bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Angking merupakan pemain kacukan Malaysia-Puerto Rico dimana bapa beliau berasal dari Puerto Rico manakala ibunya pula berasal dari Sarawak.

Pemain berusia 20 tahun itu telah beraksi dengan beberapa kelab di Amerika Syarikat antaranya New England Revolution, Hartford Athletic dan Charlotte Independence.

Sekiranya Isaac Angking diturunkan dalam perlawanan menentang Republik Dominika, beliau masih berpeluang untuk menyarung jeri skuad Harimau Malaya kerana perlawanan persahabatan tersebut bukanlah perlawanan rasmi.

Isaac yang merupakan pemain tengah juga pernah beraksi dengan pasukan bawah umur Amerika Syarikat dimana beliau pernah menyarung jersi skuad B-17 dan B-20 tahun.