Hukuman Natxo Insa pelik

Hukuman gantvng dua perlawanan dan denda RM10,000 ke atas pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa kelmarin disifatkan wajar, namun jumlah penggantvngan itu dilihat agak pelik.

Demikian pandangan bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kamarudin Abdullah ketika mengulas hukuman dikenakan ke atas pemain kacukan itu atas tindakannya menyentuh dada pengadil ketika perlawanan men3ntang Perak FC, 21 Mac lalu.

Katanya, agak menghairankan hukuman penggantvngan berjalan ‘sekerat-sekerat’ di mana hanya penggantungan satu perlawanan dikenakan manakala satu lagi penggantvngan ‘ditangguh’ tertakluk kepada kelakuan baik pemain itu dalam tempoh lapan bulan dari tarikh surat diterima.

Untuk hukuman denda, saya rasa berpatutan dan rayuan pun boleh dibuat. Tetapi kadang kala denda itu boleh diturunkan atau dinaikkan bergantvng kepada Jawatankuasa Rayuan.

Tetapi untuk jumlah penggantvngan perlawanan seperti dikenakan itu, saya berpendapat agak pelik kerana satu secara automatik dan satu lagi ditangguhkan pula mengikut keadaan pada masa depan.

“Kalau dikatakan dua perlawanan digantvng, maka dua perlawananlah penggantungan perlu dilakukan. Saya rasa tidak pernah lagi hukuman penggantvngan dibuat seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh kekal dengan pendirian seperti dinyatakan sebelum ini dan mempersoalkan sekiranya hukuman terbabit memberi ‘mesej’ yang jelas kepada semua pihak.

“Apakah hukuman ini memberikan mesej yang jelas iaitu keg@nasan perlu dihentikan dalam bola sepak? Saya biarkan pihak di luar sana membuat penilaian mereka sendiri.

Hukuman pada hari ini akan menjadi panduan bukan setakat kepada Liga Malaysia (Liga M) tetapi juga perlu difikirkan kesannya kepada semua pihak yang menguruskan pertandingan bola sepak di negara ini dalam pelbagai peringkat.

“Bagaimanapun, eloklah sesuatu hukuman itu dirujuk kepada kes terdahulu yang pernah berlaku membabitkan Liga M. Jika tidak mengikut Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sekalipun, guna dan hormatilah keputusan yang pernah dibuat Jawatankuasa Disiplin terdahulu,” katanya.