Harapan Untuk Melihat Aksi ACL Tidak Kesampaian

Kuala Lumpur: Harapan untuk melihat baki aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) Zon Timur berlangsung di Malaysia tidak kesampaian apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memilih Doha, Qatar sebagai venue pertandingan.

Saingan AFC yang terpaksa ditangguhkan Mac lalu kerana pandemik C0vid-19 akan disambung semula pada 18 November hingga 13 Disember ini dengan wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal terbang ke negara Asia Barat itu.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, keputusan itu dicapai selepas pihaknya dan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) mencapai persetujuan untuk menjadikan Qatar sebagai lokasi menghabiskan baki saingan ACL itu.

Katanya, pemilihan Qatar adalah tepat selepas pihaknya berpuas hati dengan kelancaran aksi ACL bagi Zon Barat yang dilangsungkan sebelum ini tanpa sebarang masalah terutamanya Covid-19.

Kami sangat berterima kasih atas sokongan luar biasa dari QFA dan gembira dengan kejayaan Liga Juara-Juara AFC (Zon Barat) berlangsung dengan jayanya.

Kami menyedari penganjuran itu berjalan dengan baik hasil usaha sebahagian besarnya dilakukan QFA bersama AFC, selain kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Qatar untuk memastikan kelancaran ACL (Zon Barat) dan kami mengharapkan kerjasama yang sama bagi ACL (Zon Timur), katanya.

Malah, tahap kepatuhan SOP yang tinggi ketika saingan ACL Zon Barat dilihat mampu memberi jaminan keselamatan pemain dan pegawai daripada dijangk!ti C0vid-19.

Segalanya bermula daripada menyambut kedatangan pasukan, proses imigrasi yang efisien, pemeriksaan kesihatan yang ketat, hotel dan langkah-langkah keselamatan, hingga kemudahan latihan dan stadium canggih adalah standard yang paling tinggi.

AFC menegaskan bahawa kebajikan dan keselamatan pemain, pegawai pasukan dan pegawai perlawanan adalah keutamaan kami.

Melalui perencanaan dan penyampaian protokol yang sangat ketat dan berkesan ini, saya gembira dapat menjayakan ACL musim ini, walaupun menghadapi pelbagai halangan dalam tahun ini yang belum pernah terjadi sebelumnya, katanya.

JDT yang beraksi dalam Kumpulan G kini berada di tangga kedua selepas melakar satu menang dan satu tewas dengan mengumpul tiga mata di belakang pendahulu kelab dari Jepun, Vissel Kobe yang mengutip enam mata.

Selain skuad JDT dan Vissel Kobe, dua lagi kelab iaitu Guangzhou Evegrande dari China serta kelab Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings turut melengkapkan persaingan sengit kumpulan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *