Hanya JDT ,Pasukan Lain seperti Masuk Pejabat Tiada Kerusi Meja

Bekas kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim menyifatkan tempoh enam musim dia beraksi bersama Johor Darul Takzim (JDT) adalah fasa terbaik di dalam karier gemilangnya.

Dia juga menyangkal pendapat segelintir penyokong bahawa menyertai skuad JDT adalah satu keputusan yang salah, gara-gara khuatir mereka mungkin hilang begitu sahaja dari radar bolasepak Malaysia disebabkan kesukaran mendapat minit permainan.

Menurut Safiq Rahim yang bermain dengan JDT dari 2013 – 2018, siapapun akan rasa bertuah untuk bermain di JDT terutama kerana pengurusan professional dan layanan berkelas dunia terhadap pemain.

Mereka melayan pemain seperti pemain berkelas dunia, sebelum saya bermain dengan JDT, saya bermain untuk Selangor.Kita kira pakai angka, saya boleh memberikan (rating) diri sendiri 6/10. Kemudian di Johor saya boleh beri 10/10, selepas itu saya keluar JDT untuk ke Melaka dan ia turun balik menjadi 5/10.Maknanya, sudah 10-15 tahun saya bermain dalam bolasepak Malaysia, masih tiada perubahan dan satu-satunya kelab yang melakukan perubahan adalah JDT.

Kita lihat apa yang telah dilakukan JDT sekarang, setiap kelab di Malaysia jangan cemburv dengan apa yang mereka ada, atau kejayaan mereka, anda perlu cemburu dengan usaha mereka, apa yang dilakukan mereka untuk kelab itu, mencontohi apa yang dilakukan jika mahu memperoleh kejayaan sama.

Setiap kelab dalam Malaysia jangan cembvru dengan kejayaan JDT tetapi perlu cembvru dengan apa yang telah dilakukan mereka untuk kelab itu, mencontohi apa yang dilakukan mereka jika mahu memperoleh kejayaan sama.

Saya sendiri banyak belajar sejak dari awal masuk JDT dengan TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim). Saya anggap beliau sebagai ikon, mentor saya. Kalau saya ada kelab sendiri satu hari nanti, saya boleh ikut cara TMJ.Ketika mula-mula menyertai JDT, TMJ menunjukkan kepada saya tentang perancangan JDT sehingga ke pembinaan stadium baru, dan pada hari ini, mereka sudah ada stadium sendiri.

Beliau menyediakan fasiliti bertaraf dunia di Johor, sepatutnya semua kelab sudah sediakan keperluan seperti itu dan pemain boleh fokus 100 peratus mengenai apa yang hendak dilakukan di atas padang.Seperti kita masuk ke pejabat tetapi tiada meja, tiada pen, tiada aircond, dan kena buat kerja atas lantai. Sama seperti bolasepak, perkara utama adalah padang dan kemudian fasiliti.

Pembinaannya hanya sekali tetapi ia boleh digunakan mungkin sehingga 10 atau 15 tahun,” kata Safiq Rahim dalam Program Bola Mamak bersama Hafizal Hamad.

sumber:labolamalaya

Sepanjang bersama JDT, Safiq Rahim menjulang Liga Super lima kali selain menjadi tunjang pasukan itu mencipta sejarah menjulang Piala AFC pada 2015.