Hampir Pasti Jadi Import Baharu Kedah

Sp3kulasi pemain kebangsaan Singapura, M Anumanthan menyertai pasukan Kedah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini semakin bertiup k3ncang.

Pemain tengah ini hampir pasti bersama skuad Hijau Kuning susulan pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sebelum ini mengesahkan bakal mengikat seorang pemain kuota Asean dari Singapura.

Menurut sumber, pemain yang memiliki corak permainan seperti rakan senegaranya, Hariss Harun itu bakal membarisi ruang tengah dan mungkin berganding bersama Baddrol Bakhtiar dan seorang lagi pemain import dari Lebanon, Rabih Ataya yang turut dikaitkan bersama Kedah.

“Jika diberi peluang, dia mampu menjadi pemain tengah hebat seperti Hariss yang pernah beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini,” kata sumber itu.

Malah, terdapat laporan yang memetik pemain yang memulakan kariernya bersama skuad Young Lions pada 2012 ini bakal ‘bergabung’ dengan jurulatih Aidil Sharin Sahak di Kedah selepas pernah berada dalam skuad Home United pada 2017 lalu.

Turut dilaporkan media berkenaan, pemain kebangsaan Singapura berusia 26 tahun itu kini bakal bertolak ke utara pada hujung minggu ini sebelum bersama skuad Kedah selepas menjalani kuarantin wajib.

Sewaktu bersama Home United, Anumanthan membantu pasukan yang kini dikenali Lion City Sailors pada kedudukan tiga terbaik carta Liga Premier Singapura termasuk peringkat final Piala AFC zon ASEAN pada 2017.

Selain Kedah, difahamkan sebuah lagi pasukan dari Thailand iaitu Muangthong United turut ‘membvru’ pemain yang memiliki pengalaman di pentas Piala AFC ini.

Namun dengan tersebarnya berita yang mengatakan pemain ini mahu mengembangkan bakatnya dalam suasana baharu di luar Singapura dalam temubual sebelum ini, spekulasi dia ke Kedah harus hampir menjadi kenyataan.