Hajat Tidak Kesampaian

Ketua Pegawai Operasi (COO) Terengganu FC Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas mengakui pihaknya berminat untuk mendapatkan Evan Dimas sebagai import baharu untuk saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan.

Hasrat untuk mendapatkan Evan yang kini beraksi dengan Persija Jakarta bagaimanapun tidak dapat direalisasikan kerana di luar kemampuan bajet pengurusan Terengganu.

Sebelum ini kita ada mengintai pemain dari Asean, katanya kepada NST.

Itu sebab kita memang perlukan untuk mengisi kuota berkenaan sebagaimana yang ditetapkan FAM.

Tapi disebabkan harga yang ditawarkan untuk mendapatkan khidmat pemain itu bukan dalam kemampuan kita, jadi kita tidak jadi untuk mengambil pemain dari Indonesia itu.

Sabri menegaskan Terengganu hanya akan mendapatkan pemain yang bersesuaian dengan kemampuan pasukan bagi mengelak timbulnya masalah kewangan di masa akan datang.

Setakat ini, Faris Ramli menjadi satu-satunya pemain import yang mengesahkan telah meninggalkan pasukan Terengganu dan akan berhijrah ke pasukan lain musim depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *