Ex Pemain Selangor tuntut Hadiah kemenangan Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Mana ganjaran kami?

Itulah pertanyaan yang terbuku dalam fikiran bekas pemain dan pegawai pasukan Selangor selepas mereka dijanjikan hadiah berupa sebidang tanah bersaiz 0.4 hektar oleh kerajaan negeri susulan kejayaan merangkul Piala Malaysia 1995.

Namun selepas 25 tahun, mereka bagaikan menanti buah yang tidak gvgur apabila masih lagi tertanya-tanya mengenai status anugerah terbabit dan kini semua 31 bekas pemain dan pegawai mahu menuntut hak mereka.

Justeru, wakil pemain yang juga kapten Selangor pada 1995, Ismail Ibrahim mahukan penjelasan daripada pihak bertanggungjawab mengenai ganjaran terbabit memandangkan ia sudah dianugerahkan secara nyata kepada mereka.

Pada 11 November 1995, Selangor menjulang Piala Malaysia buat kali ke-28 selepas menanti sembilan tahun untuk menjuarai trofi terbabit. Atas keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri ketika ini, Menteri Besar (Tan Sri Muhammad Muhd Taib) membuat pengumuman untuk menganugerahkan sebidang tanah kepada setiap pemain dan pegawai Selangor.

Kami sebagai pemain yang menerima ganjaran terbabit manakala pengurus pasukan iaitu Datuk Mohd Aini Taib adalah individu yang diamanahkan untuk menguruskan anugerah terbabit.

Namun kami belum menerima anugerah terbabit sehingga ke hari ini.

Sebab itulah kami mahukan penjelasan mengenai perkara ini. Kami harap tuntutan ini dipertimbangkan dengan mengambil kira usaha gigih, keringat dan peng0rbanan kami demi mengharumkan bola sepak Selangor, katanya pada sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Dalam masa sama, Ismail mengakui pihaknya hairan selepas mereka dimaklumkan tanah yang dijanjikan itu sudah diambil oleh kerajaan negeri kerana mereka tidak membayar premium.

Ketika itu, kita sepakat untuk serahkan kepada Datuk Aini bagi menguruskan tanah kita kerana tanah yang diserahkan itu adalah besar dan bukan secara individu, kira kita 40 ekar untuk semua 31 pemain dan pegawai.

Kita tahu kita akan dapat bahagian kita dan kita tidak mahu bayar apa pun premium kerana ini adalah tanah kurniaan. Namun selepas banyak kali bertanya dan pada 2016, kami dimaklumkan kerajaan negeri sudah ambil (tanah itu) sebab kami tidak bayar premium.

Ini yang kami musykil kerana kita sudah sepakat mengenai perkara ini. Kita serahkan tanah untuk dibangunkan dan kita dapat hak seperti yang kita minta. Jadi apabila terjadi begini, kami rasa seperti tertipu dan sebab itulah, kita berusaha mencari pelbagai info sebelum membuat pendedahan ini.

Kita hanya mahukan penyelesaian untuk perkara ini, Sudah 25 tahun perkara ini dijanjikan dan saya berharap pihak yang berkenaan dapat membantu kita selesaikannya, katanya.

Pada aksi final 1995 itu, skuad Selangor kendalian Ken Worden menewaskan Pahang 1-0 di Stadium Shah Alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *