Eki Masih Ada Peluang

Striker pasukan Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi mengakui masih sayangkan skuad The Bos Gaurus di sebalik tawaran diterimanya daripada beberapa pasukan Liga Super lain termasuk Selangor untuk saingan musim depan.

Bagaimanapun pemain berusia 26 tahun dan juga striker skuad kebangsaan itu berkata beliau masih ada masa untuk membuat keputusan sama ada kekal atau berhijrah memandangkan kontraknya bersama Perak hanya tamat pada 31 Disember ini.

Tipulah kalau kata tidak sayang Perak. Dua tahun beraksi bersama pasukan dan rakan-rakan. Memang banyaklah kenangan manis sepanjang tempoh itu, kata pemain kelahiran Tawau, Sabah itu ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Adly Shah Ahmad Tah dilaporkan berkata persatuan itu tidak akan memaksa mana-mana pemain yang bakal tamat kontrak pada musim ini kekal bersama Perak, selepas media melaporkan bintang utama pasukan bakal memilih haluan berbeza.

Antara nama pemain skuad itu yang dikaitkan bakal berhijrah ialah Muhammad Shahrel yang dikhabarkan dilamar skuad The Red G!ants.
sumber : BH

Menurut Muhammad Shahrel Fikri, pengurusan Perak sudah mengadakan pertemuan dengan beliau bulan lalu, namun pemain yang mesra dengan panggilan Eki itu enggan mengulas lanjut isu yang dibincangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *