Dua Import Sah Milik pahang

Sergio Aguero dan Lee Tuck sah menyarung jersi skuad Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengesahan dua pemain import itu diumumkan pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang yang mengharapkan jentera serangan dan tengah skuad itu lebih padu.

Selepas mengadakan perbincangan, Aguero dan Tuck bersetuju menyarung jersi skuad Pahang.

Kehadiran dua import ini diyakini mampu memperkasakan pasukan yang turut dibarisi dua lagi import baharu. Bagi musim depan, hanya Herold Goulon kekal bersama Pahang dan dua lagi kuota akan diisi pemain dari Asia dan Asia Tenggara, katanya.

Musim ini, Aguero berasal dari Argentina bermain dalam Liga M3, manakala Tuck pula bersama Terengganu FC (TFC). Ditanya kuota dua pemain dari Asia dan Asia Tenggara, Suffian berkata, antara pilihan pemain dari Palestin, Korea Selatan, Australia dan Singapura. Katanya, pemain itu akan mengisi posisi di bahagian serangan dan pertahanan. Justeru, kita harap dapat menyenaraikan lima pemain import dalam tempoh terdekat, katanya.