Detik Palung berharga Luqman

KUALA LUMPUR: Meskipun hanya beraksi dalam 16 minit terakhir, tempoh itu dianggap memberi makna besar buat Luqman Hakim Shamsudin yang tampil buat kali pertama di liga utama Belgium, Jupiler Pro League, awal pagi tadi.

Perkara itu diakui ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang menyifatkan penyerang KV Kortrijk itu mendapat pendedahan berharga ketika aksi berdepan pasukan besar seperti RSC Anderlecht.

Bagi pemain muda yang baru sahaja berusia 18 tahun, tempoh 16 minit itu boleh dianggap cukup berharga untuk dia membina keyakinannya, kata Cheng Hoe kepada BH Sukan.

Ia mungkin akan menambah keyakinan kepada Luqman untuk terus memberikan aksi lebih baik selepas ini.

Malah, ia akan memberi keinginan kepada pemain lain mengikut jejak langkah Luqman dan Safawi Rasid (yang kini beraksi di Portugal).

Walaupun perlawanan itu (pasukan Luqman) kalah, tapi ia satu pendedahan yang bagus untuk Luqman dan kita harap dia dapat memberikan aksi lebih baik selepas ini.

Luqman masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74 menggantikan Petar Golubovic ketika pasukannya, KV Kortrijk tewas 3-1 di tangan Anderlecht.

Walaupun hanya beraksi kira-kira 16 minit terakhir, namun kemasukan Luqman juga dilihat berjaya memberi impak dengan gerakannya membolehkan KV Kortrijk mendapat s3pakan penalti pada penghujung perlawanan.

Ditanya mengenai persembahan Luqman yang dilihat sedikit gugup, Cheng Hoe berkata ia mungkin disebabkan faktor kali pertama dia beraksi dalam perlawanan liga itu.

Bagi mana-mana pemain pun mereka akan berasa sedikit gugup terutama apabila tampil buat pertama kali. Apa yang penting kita kena sentiasa mengekalkan keyakinan pada tahap tertinggi, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *