Dalang Penipvan Jutaan Ringgit

Arena bola sepak negara dik3jutkan dengan pembongkaran empat individu dipercayai melakukan penipvan terhadap Kelantan FC yang kini dimiliki oleh Norizam Tukiman.

Empat individu berkenaan dipercayai cukup terkenal dalam arena bola sepak negara dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka dalam masa terdekat ini.

Menerusi kenyataan di laman sosial Facebook TRW Kelantan FC memaklumkan pengumuman berkaitan perkara terbabit akan diumumkan pada petang ini oleh penasihat undang-undang pasukan itu.

Jelas sekali perkara terbabit meng3jutkan peminat pasukan Che Siti Wan Kembang apabila pengurusan kelab berkenaan bertindak berani membuat pendedahan kepada umum berkaitan perkara berkenaan.

Sejak Norizam atau dikenali sebagai Zamsaham mengambil alih pasukan terbabit menyaksikan pelbagai pembaharuan dilakukan bagi memastikan skuad daripada pantai timur itu tampil lebih gah pada musim hadapan.

Hal ini termasuklah membuat pembayaran tunggakan gaji pemain dan hutang yang ditanggung pasukan sebelum ini yang mencecah jutaan ringgit.