Cavani Dapat Nombor Svmpahan

Manchester: Edinson Cavani secara rasmi diberikan nombor svmpahan Manchester United, iaitu nombor tujuh yang sebelum ini dipakai penuh bangga oleh Cristiano Ronaldo dan David Beckham.

Pada hari terakhir jendela perpindahan ketika Cavani mengesahkan perpindahannya ke United, nombor jersi yang bakal digunakannya juga terus diumumkan.

Angka tujuh pada satu ketika menjadi kebanggaan di Old Trafford, apabila ia digunakan ikon seperti George Best, Beckham, Eric Cantona dan Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun, sejak Ronaldo meninggalkan pasukan, ia sudah tidak seperti dulu, apabila ada sesetengah penyokong mendakwa nombor itu sudah terkena svmpahan.

Cavani adalah pemain keenam menggunakan nombor berkenaan sejak Ronaldo berpindah sebelum ini ia dipakai Michael Owen, Antonio Valencia, Angel Di Maria, Memphis Depay dan Alexis Sanchez.

Rekod jaringan kelima-lima pemain itu terutama dari segi jaringan di Liga Perdana Inggeris (EPL) sangat meny3dihkan.

Jumlah kesemua gol yang dikumpul dalam kalangan mereka ialah 14 gol iaitu dalam tempoh sedekad Ronaldo meninggalkan United.

Cavani berharap dapat meningkatkan jumlah gol berkenaan selepas menandatangani kontrak selama dua tahun dengan jumlah pendapatan seminggu di Old Trafford sebanyak £175,000 (RM937,000).

Pemain berusia 33 tahun itu mencetak 341 gol peringkat kelab sejak tiba di Eropah bersama Palermo pada 2007.

Pencapaian terbaiknya adalah ketika beraksi bersama Napoli dan Paris Saint-Germain (PSG).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *