Buat pertama Kali ada Empat Untuk Pahang

Skuad Pahang dituntut mempamer aksi lebih padu apabila berdepan Kedah pada pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam esok.

Pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata, ini kerana tiada peluang kedua pada perlawanan itu kecuali menang untuk mengesahkan tempat ke suku akhir piala berprestij itu.

Saya katakan kepada pemain, mereka perlu memberikan segalanya dan menang kerana hanya ada satu perlawanan sahaja pada pusingan pertama sekiranya mahu meneruskan aksi di Piala Malaysia.

Justeru, semua pemain perlu memanfaatkan segala peluang yang ada untuk melangkah ke pusingan seterusnya pada saingan piala berprestij itu, katanya.

Pada perlawanan malam esok, Dollah mengesahkan selepas saingan Liga Malaysia (Liga M) bersambung, buat kali pertama skuad itu akan menyenaraikan empat pemain import dalam kesebelasan utama.

Katanya, sebelum ini beliau tidak dapat menurunkan keempat-empat import disebabkan kec3deraan dan penggantungan.

Diharapkan empat import ini akan membantu untuk memastikan slot suku akhir menjadi milik Pahang, katanya. Empat import berkenaan ialah Dickson Nwakaeme dan Ivan Carlos yang beraksi di bahagian s3rangan, Adam Reed (tengah) manakala Herold Goulon (pertahanan).

Berdasarkan rekod pertemuan saingan Liga Super musim ini, skuad Pahang mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kedah di Stadium Darul Makmur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *