Bintang Muda Kedah Hanya Tunggu Isyarat

Alor Setar: Pemain muda posisi tengah Kedah, Fadzrul Danel Mohd Nizam kini bersedia menghadapi cabaran besar bersama skuadnya apabila melayan kunjungan g3rgasi pantai timur Pahang dalam aksi perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman malam esok.

Perlawanan secara format kalah mat! yang diperkenalkan pada musim ini memberi memberi cabaran baharu buat dirinya yang sedang menempa nama sebagai pemain tengah tempatan yang berpotensi untuk masa depan seperti yang Kedah perlukan.

Saya kini mempersiapkan diri bersama pasukan untuk menempuh satu perlawanan yang dianggap besar men3ntang Pahang walaupun kita tahu Piala Malaysia baru sahaja hendak bermula dengan perlawanan pertama.

Sebagai pemain muda saya harus bersedia pada bila-bila masa sekiranya nama saya dipilih oleh ketua jurulatih untuk beraksi bagi membantu pasukan yang mahu mendapatkan kemenangan bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir saingan ini.

Saya sedar bukan tugas mudah buat kami menghadapi Pahang, tetapi fokus serta semangat kami hanyalah satu, iaitu mahu menang.. dan kami perlu lakukan tugas dengan penuh tekad dan secara berpasukan dalam menghadapi segala rintangan bersama. katanya.

Pemain kelahiran Sungai Petani berusia 22 tahun yang dilanjutkan tempoh kontrak dari tiga tahun ke lima tahun oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) pada musim lalu ini juga mengakui beraksi di Stadium Darul Aman mampu membakar semangat pemain untuk terus berjvang sepanjang tempoh penting 90 minit perlawanan berlangsung.

Saya berharap segala persiapan dan perancangan kami akan berjalan dengan lancar dan teratur di bawah kendalian Ketua Jurulatih Aidil Sharin Sahak yang mahukan aksi terbaik buat Kedah untuk saingan ini.

Apapun kami perlu teruskan komitmen seperti yang kami tunjukkan sebelum ini dan tidak kisah siapa yang menjaringkan gol asalkan kami dapat meraih kemenangan yang dicari. katanya.

Kehadiran Fadzrul Danel pada musim lalu mendapat perhatian penyokong apabila pemain yang dilanjutkan kontrak dan disertakan dengan harga tanda tebus nilai sebanyak RM5 juta oleh KFA ini berjaya membantu skuad Kedah melalui gol sulung untuk Kedah menjulang Piala FA pada musim 2019.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *