Berita Kurang Baik Untuk Kedah

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Mohd Firdaus Ahmad menjelaskan pihaknya setakat ini belum tawarkan kontrak lanjutan kepada mana-mana pemain skuad Helang Merah untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Menurut laporan daripada New Straits Times, mereka merancang untuk mengurangkan kos operasi pasukan dan melakukan penstrukturan semula dari segi bayaran gaji.


Kami baru sahaja menyelesaikan hutang tertunggak berjumlah RM3.8 juta. Kami sekarang sedang berbincang mengenai perancangan untuk musim depan.

Perancangan kita adalah untuk menstruktur semula pasukan dan mengurangkan beberapa kos pengurusan pasukan (pengurangan gaji pemain), kerana kita tidak mahu berbelanja melebihi kemampuan kita, kata Firdaus.

Firdaus juga memberi bayangan beberapa pemain akan angkat kaki menyertai pasukan lain dan dijangka mengekalkan 70 atau 80 peratus pemain yang sedia ada.

Kami akan kekalkan 70 atau 80 peratus pemain dalam skuad ini tetapi kami belum bercakap lagi dengan jurulatih dan pemain mengenai perkara ini. Ini kerana kita perlu semak semula kontrak pemain.

Tambahan pula, kami ingin melihat apa yang dapat mereka sumbangkan di luar padang.

Selain bermain bola sepak, kami ingin melihat apa yang dapat ditawarkan oleh pemain dari segi membantu dalam program tanggungjawab sosial, penjualan dan promosi, tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *