Bergantung pada niat

Pengadil perlawanan Liga Malaysia (Liga M) boleh disentuh oleh pemain tetapi semuanya bergantung kepada niat serta situasi semasa selain tidak bertujuan melakukan pr0vokasi atau mendatangkan kec3deraan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, bukan semua sentuhan pemain ke atas pengadil merupakan kesalahan atas dasar pr0vokasi, kadang kala ada pemain memerlukan penjelasan berhubung sesetengah keadaan yang memaksa mereka menyentuh pengadil.

Katanya, ada beberapa senario dalam insiden melibatkan sentuhan namun semuanya bergantung kepada interpretasi pengadil perlawanan kerana semua pihak akan melihatnya daripada pelbagai sudut berbeza.

Dia memberitahu, pengalaman serta budi bicara pengadil juga memainkan peranan penting dalam mengawal keadaan kerana tidak semua sentuhan akan dikenakan tindakan dan semuanya bergantvng kepada situasi ketika itu.

Kadang-kadang ada sentuhan yang nampak kasar tetapi bagi pengadil perlawanan, tiada apa yang berlaku.

Kami juga akan mendapatkan maklumat daripada pengadil sekiranya berlaku pr0vokasi atau tidak dan dia sendiri akan menentukan sama ada berlaku kekerasan atau sebaliknya, katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengadil FAM, semalam.

Sebelum ini, pemain tengah Kedah, Fadzrul Danel Mohd. Nizam kemungkinan dikenakan tindakan selepas menolak Noor Azriel Baharudin ketika aksi Liga Super men3ntang Terengganu FC di Stadium Darul Aman, pada 9 April lalu.

Selain Fadzrul, pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) Gonzalo Cabrera dikatakan menyentuh pengadil sebanyak dua kali dalam perlawanan men3ntang Sri Pahang FC di Kuantan pada Jumaat lalu, namun hanya dilayangkan kad kuning.

Pemain tengah JDT, Natxo Insa juga turut melakukan perkara sama kepada Noor Azriel ketika aksi Liga Super men3ntang Perak FC di Stadium Perak, Ipoh pada 21 Mac lalu.

Selain itu, pemain Kelantan FC, Jack Hindle turut menolak pengadil Amirul Aizat Mohd. Lodin selepas pengadil itu dilihat menghadangnya daripada melakukan percubaan dalam kotak penalti dalam perlawanan Liga Perdana antara Kelantan FC dan Perak FC II pada 6 Mac lalu.

FAM sudah memberikan am@ran keras kepada Hindle dan hukvman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama, manakala Natxo berdepan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM10,000.