Benjamin Mora Jadi Rakyat Pertama

Benjamin Mora menerima pengiktirafan daripada kerajaan Mexico atas pencapaiannya sepanjang membimbing Johor Darul Ta’zim (JDT) dan membawa imej yang baik buat negaranya.

Anugerah Kehormat Mexico (Distinguished Mexican) yang diterimanya itu menyaksikan beliau menjadi rakyat Mexico pertama menerima pengiktirafan berkenaan di Malaysia.

Menerusi satu kenyataan dalam laman Facebook rasmi JDT, anugerah itu disampaikan Kementerian Hubungan Luar Mexico menerusi Institute of Mexicans Abroad dan Kedutaan Mexico.

Upacara penyerahan anugerah itu turut dihadiri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Duta Besar Mexico ke Malaysia, Carlos Felix Corona.

Mora menyertai JDT pada tahun 2016 sebagai Ketua Jurulatih JDT II sebelum dinaikkan pangkat ke skuad senior.

Sepanjang kariernya bersama skuad JDT , beliau telah memenangi tiga kejuaraan Liga Super dan tiga piala lain.