Beliau Pemain Terbaik Pilihan Mora

Ramadhan (Saifullah) adalah pemain yang baik, tetapi pemain terbaik adalah TMJ, Itu reaksi ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora yang menyifatkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sebagai ‘pemain terbaik’ bagi skuad JDT itu

Mora berkata, Tunku Ismail adalah individu yang banyak berjasa khususnya dalam membantu kejayaan pasukan berkenaan selama ini. Malah menurutnya, baginda banyak menghabiskan masanya demi memastikan pencapaian pasukan sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Baginda telah memberikan sebahagian besar daripada kehidupannya demi memastikan kita (pencapaian) berada pada tahap ini. “Seperti ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, kita masih meneruskan latihan seperti hari-hari bekerja biasa.

Oleh itu, bila kembali semula (ke padang), kami terjemahkan dengan pelbagai persiapan yang telah dibuat sebelum ini, katanya sejurus tamat aksi berdepan Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, semalam yang menyaksikan JDT menang 4-1. Pemain import JDT, Diogo Santo membuka jaringan pada minit ke-38 sebelum pemain kebangsaan Safawi Rasid menambah jaringan pada minit ke-56.

Sabah kemudiannya dilihat cuba bangkit apabila pemain importnya Dennis Buschening berjaya menjaringkan gol pada minit ke-74; namun Safawi sekali lagi berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-81 sebelum seorang lagi pemain import, Leandro Velazquez menjaringkan gol keempat pada minit ke-83 bagi mengesahkan kemenangan penuh gaya skuad Harimau Selatan itu.

Kemenangan itu turut menobatkan skuad JDT itu sebagai juara CIMB Liga Super musim ini dan sekali gus merekodkan sejarah tersendiri apabila muncul pasukan pertama dalam arena bola sepak tanahair yang menjuarai Liga Super tujuh kali berturut-turut. Sementara itu, Mora mengakui berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan kesebelasan pemain JDT pada perlawanan malam tadi. Katanya, kesemua pemain telah memberikan aksi terbaik masing-masing di sepanjang perlawanan bagi menghasilkan kejayaan berkenaan.

Kami akui, saingan tahun ini agak menc@bar terutamanya akibat pand3mik C0vid-19. Kami juga beraksi tanpa penonton apabila saingan liga disambung semula. Selain itu, ia juga sesuatu yang sukar untuk kita memenangi (baki) tujuh perlawanan, tetapi kami buktikan ia boleh dilakukan kerana kesemua pemain telah melaksanakan ‘tugas’ masing-masing dengan baik, katanya.

Berbaki satu perlawanan, JDT yang kini gah di puncak Liga Super dengan 26 mata hasil lapan kemenangan, seri dua kali daripada 10 perlawanan bakal berdepan Melaka United di Stadium Hang Jebat pada 10 Oktober bagi aksi terakhir saingan Liga Super musim ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *