Bekas Pemain JDT Menangis

Bekas striker Johor Darul Ta’zim (JDT), Rozaimi Abdul Rahman menitipkan kata-kata semangat kepada Syafiq Ahmad susulan kemalangan ngeri yang dialami penyerang kebangsaan itu, kelmarin.

striker berusia 28 tahun itu berkata, k3malangan terbabit pernah menimpa dirinya pada 2015 sekali gus dia dapat merasakan kes3dihan yang ditanggung oleh Syafiq yang kehilangan orang tersayang susulan nahas terbabit.

Dia sebelum ini mengalami k3malangan di Tuaran, Sabah dan menyebabkan anak saudaranya terk0rban dan sehingga kini, dia masih travma kerana masih teringat kepada anak saudaranya itu.

Saya k3malangan dengan kereta semua, sampai sekarang saya masih trauma. Apabila melihatnya semalam (k3malangan yang menimpa Syafiq Ahad lalu), saya menangis sebab masih teringat anak saudara saya.

Dia (Syafiq) pula dengan mak mentua dan anaknya, jadi ia benda yang sama seperti yang berlaku kepada saya, saya melihat k3malangan itu memang dalam keadaan travma.

Saya melihat keretanya juga sama seperti kereta saya dulu, hancur. Kemudian dia hilang orang yang tersayang, memang sama macam saya, katanya menerusi laman sosialnya.

Dalam masa sama, Rozaimi mengharapkan Syafiq sentiasa kuat dan tabah menerima dugaan yang berat itu.

Anak saudara saya dulu dari kecil membesar dengan saya, saya tak boleh ingat k3malangan itu, saya kena ingat perkara lain daripada itu untuk menguatkan semangat diri saya.

Kes3dihan itu memang ada, rasa nak nangis pun ada bila teringat perkara itu. Tapi kita kena kuat dan jangan ingat benda yang membuatkan kira rasa hilang semangat, katanya.