Bekas Pemain JDT Hampir Pasti Sertai Pasukan

Pemain kacvkan negara, Junior Eldstal dikaitkan dengan sebuah pasukan yang beraksi di Thai League 1 bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Menurut laporan wartawan The Star, T.Avineshwaran, kelab Thai League 1 yang dimaksudkan ialah Chonburi FC dan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu semakin hampir untuk berhijrah ke Thailand.

Sebelum ini, kepulangan Junior Eldstal ke Malaysia setelah dua musim beraksi di liga bawahan England kerana dilaporkan beliau menerima tawaran dari pasukan Liga Malaysia bagi menghadapi saingan musim 2021.

Pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Junior, namun pemain berusia 29 tahun itu dilihat bakal mengikut jejak langkah Dominic Tan dan Mohamadou Sumareh.

Tambah Avinesh, Junior serius untuk kembali memperkuatkan pasukan kebangsaan, sekaligus mahu beraksi secara kompetitif bagi mendapatkan minit beraksi yang cukup sekaligus memikat hati pengendali pasukan negara, Tan Cheng Hoe.

Sebelum ini, Junior pernah membantu skuad B-23 tahun negara memenangi Pesta Bola Merdeka pada 2013.