Bekas Import Terengganu FC Kekal Di Malaysia

Bekas striker import pasukan Terengganu FC, Bruno Suzuki dikhabarkan kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana Bruno dilaporkan semakin hampir untuk menyarung jersi pasukan PDRM bagi saingan musim 2021.

Setelah tiga musim beraksi bersama kelab dari Pantai Timur itu, pengurusan pasukan Terengganu memutuskan untuk tidak memberi kontrak lanjutan kepada Bruno sekaligus melepaskan pemain tersebut.

Sepanjang beraksi bersama TFC, Bruno banyak membantu skuad pembangunan pasukan iaitu Terengganu FC II yang bersaing di Liga Perdana. Malah, pemain kacu\vkan Brazil-Jepun itu turut dipilih sebagai ketua pasukan dalam beberapa perlawanan liga.

Bagi PDRM pula, mereka menamatkan saingan musim 2020 dengan kekec3waan apabila menduduki tangga tercorot Liga Super sekaligus tersingkir ke saingan Liga Perdana.

Skuad bimbingan Ishak Kunju menamatkan saingan liga dengan kutipan -1 mata selepas hanya mampu meraih dua keputusan seri sepanjang musim.

The Cops memulakan saingan dengan -3 mata selepas terpalit dalam isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.