Bekas Import JDT mula pamer belang

Striker import baharu BG Pathum United, Diogo Luis Santo menjaringkan gol pertama bersama pasukan itu pada perlawanan Thai League 1 men3ntang Trat FC semalam.

Diogo yang diturunkan dalam kesebelasan utama mencetak gol pada minit ke-45 sekaligus membantu BG Pathum mencetak kemenangan ke-16 dan mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.

Pemain dari Brazil berusia 33 tahun ini kembali ke saingan Thai League 1 setelah dua musim beraksi di Malaysia bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

BG Pathum menandatangani Diogo bagi memperkuatkan jentera s3rangan dalam usaha mereka memenangi trofi divisyen pertama liga bola sepak Thailand itu selain memberikan cabaran dalam saingan AFC Champions League (AFC) musim ini.

Selain membawa masuk Diogo Luis Santo, BG Pathum turut menandatangani seorang lagi striker berprofil tinggi iaitu ketua pasukan skuad kebangsaan Thailand, Teerasil Dangda.

Teerasil berjaya menjaringkan gol pertama bersama BG Pathum pada perlawanan men3ntang kelab Dominic Tan iaitu Police Tero FC minggu lalu.