Banyak pemain yang kontraknya akan berakhir – Luqman

Striker muda s3nsasi negara, Luqman Hakim Shamsudin lebih suka mengambil pendekatan untuk ‘bertenang dan bersabar’ mengenai perkembangan kariernya bersama KV Kortrijk di Belgium.

Masih segar dengan aksi 45 minit bersama skuad utama ketika bertemu Excel Mouscron pada aksi persahabatan Isnin lalu, pemain berusia 18 tahun itu tampak terus mengintai peluang untuk bersama skuad utama yang bakal bertemu Genk pada aksi Jupiler Pro League, Ahad ini.

Jika diturunkan, ia akan menjadi penampilan kedua pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu dalam Jupiler Pro League selepas diturunkan ketika menentang RSC Anderlecht, Oktober lalu sekali gus mencipta sejarah sebagai anak tempatan pertama tampil di liga Belgium.

Bagaimanapun, produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu seakan tidak tertekan sekalipun tidak mendapat peluang bersama skuad utama memandangkan dia mengakui perjalanannya di Eropah masih lagi jauh.

Dekat sini, saya perlu bersabar kerana saya tahu peluang itu tetap akan datang juga. Jadi setiap kali latihan, saya akan fokus untuk memberikan yang terbaik dan saya menerima sokongan yang baik daripada rakan sepasukan.

Di sini pun, usia bukanlah satu ukuran kerana siapa buat yang terbaik pada sesi latihan, peluang itu mesti ada. Kalau tiada pun, tidak mengapa sebab saya tahu perjalanan saya masih jauh lagi dan saya pun baru enam bulan di sini.

Banyak pemain yang kontraknya akan berakhir, jadi pengurus mungkin memberi lebih peluang kepada mereka untuk membuktikan sesuatu. Apa yang boleh saya buat adalah terus berlatih dan memberikan yang terbaik, katanya.

Dalam masa sama, program latihan yang diberikan oleh KV Kotrijk jelas memberi k3san positif kepada pemain itu yang ketika ini dilihat sedikit ‘sado’ dan mula menunjukkan perubahan dari segi fizikalnya.

Memang saya mengikuti program yang disusun oleh pasukan tetapi ia sama sahaja seperti apa yang dilakukan oleh pemain lain.

“Cuma mungkin suasana latihan di sini yang agak berbeza di mana mereka betul betul fokus. Jadi, saya pun perlu mengikut cara mereka juga dan berlatih bersungguh sungguh,” katanya.