Apek Dah Buat Keputusan

Bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) kekal bersama Melaka United (MU) pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United Football Club (MUFC), Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, pengalaman luas Apek menjadi antara faktor dia terus dikekalkan bersama pasukan.

Menurutnya, Apek antara tunjang pasukan yang amat diperlukan untuk mencapai misi MU sebagai pasukan yang mampu berdaya saing.

Selain Apek, katanya, dua penjaga gol musim ini iaitu Norazlan Razali dan Ahmad Solihin Mamat turut dikekalkan.

Kita harap ketiga-tiga penjaga gol ini terus bersaing hebat untuk merebut posisi sebagai penjaga gawang utama pasukan, katanya.

Saiful berkata, sekurang-kurangnya sembilan pemain musim lalu turut disambung kontrak untuk menjadi teras pembentukan pasukan kendalian ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

Keserasian mereka mampu memberi impak kecemerlangan dan perubahan buat MU sepanjang musim 2021, katanya.