Aksi Pertama Hadi Fayyadh bersama kelab baharu

Hadi Fayyadh yang kini bersama kelab Azul Claro Numazu yang beraksi dalam saingan J3 League, telah diturunkan dalam satu ‘training match’ beberapa hari yang lalu berdepan kelab J2 League, Tokyo Verdy.

Ini adalah penampilan pertama Hadi Fayyadh bersama Azul Claro Numazu walaupun perlawanan ini bukan perlawanan rasmi liga atau piala domestik di Jepun.


Pastinya penampilan dalam skuad Azul Claro Numazu ini sedikit berbeza berbanding ketika di Okayama dimana dijangkakan Hadi Fayyadh lebih berpeluang untuk ‘compete‘ bersama rakan sepasukan yang lain terutamaya 10 pemain baharu yang ditandatangani oleh kelab itu.

Hadi Fayyadh sebelum ini bersama kelab Fagiano Okayama kini dipinjamkan ke Azul Claro Numazu untuk mencari minit permainan selepas 2 musim menyertai kelab berpangkalan di Okayama itu tanpa sebarang penampilan.

VOCKETFC yakin Hadi Fayyadh bakal mencipta rekod sebagai pemain Malaysia pertama membuat penampilan dalam saingan J.League musim 2021 yang akan bermula tidak lama lagi.