6 Pemain Kedah tiada malam ini

Ketiadaan enam pemain utama tidak mendatangkan resah kepada ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak apabila mereka bertandang ke Ipoh bagi men3ntang Perak FC, malam ini.

Menurut Aidil, beliau sama sekali tidak mahu menoleh ke belakang serta terlalu ‘meratap’ mengenai apa yang berlaku.

Sebaliknya, kata pengendali berasa dari Singapura tersebut, beliau mahu mencabar kalangan pemain muda yang bakal diturunkan esok untuk menampilkan aksi terbaik, sekali gus mendatangkan kesukaran kepada pemain-pemain tonggak yang tidak dapat diturunkan, untuk kembali mendapatkan tempat mereka.

Tiada gunanya kita terlalu memikirkan mengenai apa yang telah berlaku. Apa yang lebih penting, kita harus fokus dengan apa yang berada di depan dan saya sentiasa percaya betapa semua pemain dalam pasukan ini memiliki kemampuan untuk melakukan sesuatu.

“Ketiadaan ramai pemain utama ini adalah peluang untuk kalangan pemain muda menyerlah. Saya cabar mereka untuk ambil peluang ini sebaiknya, tunjukkan apa yang mereka ada dan berusahalah ‘menyusahkan’ pemain-pemain tonggak yang tidak dapat diturunkan itu untuk merampas kembali tempat mereka dalam pasukan ini,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini empat pemain Kedah telah pun berdepan kec3deraan iaitu Renan Alves, Muhammad Syazwan Tajudin, Mohd. Syazwan Zainon dan Mohd. Rizal Ghazali.

Layangan kad merah kepada Rodney Celvin dan Fadzrul Danel pada aksi men3ntang Terengganu FC (TFC) pada 9 April lalu kemudiannya menambah senarai pemain yang tidak dapat diturunkan Aidil dalam pertemuan men3ntang Perak di Ipoh malam esok.

Mengulas mengenai sunt!kan v@ksin diterima para pemain dan barisan kejurulatihan sehari sebelum Ramadan, Aidil berkata kalangan pemainnya tampak langsung tidak berdepan dengan sebarang alahan atau k3san memvdaratkan.

Malah saya merasakan sunt!kan vaks!n ini memberi lebih keyakinan kepada kami untuk menghadapi saingan liga selepas ini.

“Semangat ditunjukkan pemain cukup baik. Memanglah ketika kalah kepada Terengganu minggu lalu, mereka sedikit kecewa tetapi sekarang segalanya tampak kembali memb@ra untuk mereka menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan men3ntang Perak FC nanti,” katanya.

Aidil dalam pada itu menjangkakan aksi pertama dalam bulan Ramadan mungkin akan menjadi agak mencabar buat kedua-dua pasukan.

“Namun ini adalah sesuatu yang perlu dilalui oleh semua pasukan. Saya yakin apabila mereka turun saja ke padang, para pemain ini akan memberi aksi 100 peratus untuk mencatat keputusan terbaik,” katanya.