3 Pasukan Berebut Beliau

Masihkah anda ingat kelibat striker tempatan berb!sa yang pernah membantu skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) layak ke suku akhir Kejohanan AFC B-23 di China pada tahun 2018?

Beliau ialah N. Thanabalan yang memiliki kelebihan tandukan sebagai s3njata pemvsnah dan kelebihan itu melonjakkan popularitinya selepas menanduk masuk jaringan kemenangan ke atas Indonesia dalam aksi separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.


Pemain yang berusia 25 tahun itu kini beraksi dengan pasukan feeder club Perak secara pinjaman dari Kedah dalam saingan Liga Premier 2020.

Kontrak beliau akan berakhir pada tahun ini namun sudah ada 3 pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya musim depan termasuk sebuah kelab dari Liga Super.

Kontrak bersama Kedah habis tahun ini dan sekarang ada tiga kelab yang menawarkan kontrak, mungkin musim depan saya akan bermain untuk pasukan baharu.

Ia masih di peringkat rundingan, lagi pun saya mahu pilih pasukan yang boleh beri saya jaminan minit permainan, katanya dalam Bernama.

Ketika menyertai skuad Kedah pada januari 2019, beliau sempat melakukan 16 penampilan dan mula mengalami kemerosotan prestasi sehingga tersisih daripada kesebelasan utama.

Bagaimanapun, beliau bersyukur diberi peluang untuk beraksi dalam pasukan Perak II sekaligus membantu meningkatkan prestasi dan tahap kecergasannya

Saya membuat keputusan yang tepat dan memang saya puas hati pergi ke sana (Perak II), sangat berbaloi. Saya dapat rasakan tahap kecergasan semakin bertambah baik memandangkan intensiti program latihan juga tinggi, serta kata perangsangyang sering diberikan jurulatih.

Beliau (Abu Bakar Fadzim) seorang jurulatih yang memberikan tumpuan terhadap aspek kecergasan dan bijak menaikkan motivasi pemain. Beliau seorang jurulatih yang luar biasa. Saya berazam untuk kembali ke tahap terbaik dan buktikan kemampuan saya musim depan, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *